suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khalid: Saya Akan Tarik Balik Kenyataan "Menteri Sial" Jika Tajuddin Minta Maaf

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sedia menarik balik kenyataan "menteri sial" jika Datuk Tajuddin Abdul Rahman memohon maaf kerana menghina Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Khalid mengesahkan menerima notis tuntutan daripada peguam Tajuddin yang  mengarahkan beliau untuk "membuat penarikan balik serta-merta dan tidak berbelah bagi" berhubung ucapannya di Dewan Rakyat pada Isnin lalu.

Beliau juga diminta mengemukakan permohonan maaf secara bertulis kepada Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak dalam masa tujuh hari atau berdepan tindakan lain kerana fitnah.

"Saya akan memohon maaf dan menarik balik kenyataan saya hanya jika beliau meminta maaf kepada Teresa dan Ahli Parlimen Kawan Batu (Kasthuriraani Patto) kerana mengeluarkan kata-kata kesat," kata Khalid kepada pemberita di lobi Parlimen, Khamis.

Artikel Berikut

1,740 Pusat Judi Digempur

Artikel Lain