suria

Hospital Melaka Perkenalkan Pasukan Paramedik Berbasikal

Dr Ghazali bersama basikal yang digunakan pasukan paramedik yang diperkenalkan Hospital Melaka.

MELAKA: Hospital Melaka memperkenalkan pasukan paramedik bergerak menggunakan berbasikal.

Pengarah Kesihatan Melaka, Datuk Dr Ghazali Othman, telah melancarkan Pasukan Tindakan Kecemasan Basikal Melaka atau Melbert, sempena program Paramedik Kecemasan Nasional Terkini Melaka (Premium).

Seramai 302 kakitangan perubatan dan kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), St. John Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Pasukan Melbert yang terdiri daripada dua pegawai perubatan berkelayakan berkeupayaan memberi bantuan kecemasan dengan menunggang basikal bukan sahaja ke puncak gunung, malahan di kawasan sesak.

Pasukan ini dibekalkan dengan kit pertolongan cemas dan mesin Automated External Defibrillation (AED), bagi memberikan pertolongan cemas, termasuk kes serangan jantung.
 
Dr Ghazali berkata, anggota perubatan bukan sahaja perlu cepat, malahan mempunyai semangat berpasukan dan daya pemikiran yang tajam untuk membuat keputusan ketika bekerja dalam satu pasukan.
 
Ini merupakan kali kedua Hospital Melaka menjadi tuan rumah program itu termasuk berkongsi pengalaman mengenai bantuan perubatan kecemasan yang diperkenalkan itu.

Peserta juga mendapat maklumat berkenaan perubatan kecemasan, traumatologi, rawatan kecemasan pediatrik, toksikologi dan pengurusan bencana.

paramedik, Hospital Melaka, Melbert

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

NGO Islam Berhimpun Sokong RUU

Artikel Lain