Mayat Kanak-Kanak Mangsa Dera Ditemukan Dalam Tong

SUNGAI PETANI: Aduan diterima Polis Kuala Muda berhubung kes pergaduhan di sebuah rumah di Flat Paya Nahu dekat sini, awal Khamis, membongkar kes penderaan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan membawa kepada penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata, mayat kanak-kanak malang itu ditemukan berbalut dengan selimut toto dan disorokkan di dalam tong yang berada di dalam bilik di rumah terbabit.

"Polis menerima aduan menerusi panggilan telefon pada 1.25 pagi tadi memaklumkan mengenai berlakunya pergaduhan di flat berkenaan dan tiba di lokasi, seorang wanita mendakwa anak perempuannya berusia empat tahun dipukul teman lelakinya.

"Kanak-kanak perempuan terbabit yang mengalami cedera parah, dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk menerima rawatan," katanya menerusi kenyataan di sini.

Katanya ibu mangsa turut memaklumkan bahawa seorang lagi anak lelakinya berusia dua tahun turut dipukul sehingga mati oleh individu sama dan meninggal dunia sejak 9 Nov lalu.

Md Zukir berkata pemeriksaan lanjut kemudiannya membawa kepada penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki dibalut dengan toto dan disorokkan di dalam tong..

"Siasatan awal mendapati ibu mangsa dan teman lelakinya mendera mangsa dan si mati.

"Ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah amphetamine," katanya.

Susulan itu polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun dan ibu mangsa berusia 26 tahun di flat terbabit pada 6 pagi tadi bagi membantu siasatan.

Kes disiasat berasingan iaitu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mendera.

Paya Nahu, Polis, Dera

Artikel Sebelum

Khalid Samad Diserang Di Luar Parlimen

Artikel Berikut

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain