suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tajuddin Dakwa Media Berat Sebelah Lapor Isu Teresa Kok

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sekali lagi dikaitkan dengan media pada Rabu, apabila menyalahkan mereka yang didakwa cenderung melaporkan isu mengaitkan dirinya dengan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Mendakwa bahawa ramai wanita, terutamanya di kawasan Pasir Salak menyayangi dirinya, Tajuddin berkata beliau tidak takut dengan publisiti negatif yang dilemparkan kepadanya.

Perang mulut meletus pada sidang akhbar di Parlimen apabila Tajuddin menuduh seorang wartawan menyebelahi pembangkang apabila terus bertanyakan soalan-soalan berhubung isu itu kepadanya.

Wartawan itu memberitahu Tajuddin supaya tidak mudah 'melabelkan' seseorang yang tidak dikenalinya.

Tajuddin pada Isnin telah mencetuskan kontroversi apabila beliau didakwa memanggil Ahli Parlimen Seputeh sebagai 'satu-satunya wanita dengan Kok'.

Beliau kemudian menafikan membuat kenyataan itu dengan berkata beliau merujuk kepada nama keluarga ahli Parlimen berkenaan.

Tajuddin, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata bahawa laporan media tidak berlaku adil terhadap dirinya, dengan memberikan gambaran berat sebelah tentang kejadian itu.

"Orang lain takut dengan media kerana mereka fikir media boleh manaik dan menjatuhkan mereka. Saya tak takut media, anda perlu berlaku adil," katanya.

"Anda kata anda adil, tetapi anda tidak adil. Saya tahu media tertentu tidak adil," kata beliau, menyebut beberapa penerbitan berita yang didakwanya berat sebelah.

Tajuddin berkata beliau tidak pernah membuat kenyataan seksis, menyebabkan ramai wanita suka kepadanya.

"Jika saya sangat teruk terhadap wanita, tiada siapa yang akan menyokong saya.

"Anda datang ke tempat saya (Parlimen Pasir Salak) semua gadis-gadis dan wanita, tua dan muda, sayangkan saya.

"Anda boleh baca mesej WhatsApp yang dihantar kepada saya daripada semua Wanita bahagian saya," katanya.

Tajuddin juga berkata beliau telah mengarahkan peguamnya menghantar surat tuntutan kepada Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad kerana memanggilnya menteri 'sial'.

Surat itu, antara lain, menggesa Khalid untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kata-kata beliau.

Artikel Lain