suria

Polis Tahan Lelaki Musnahkan Patung Berhala

- Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki yang memusnahkan patung berhala di Kuil Sri Raja Madurai Veeram di Jalan Timah di sini pada Rabu.

Ketua Polis Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata berdasarkan laporan yang dibuat pada 12 Nov lepas, tiga patung berhala bernilai RM2,000 dirosakkan dengan bahagian kepala serta kedua-dua tangannya dipotong dan kejadian serupa berulang lima hari kemudian.

"Berdasarkan siasatan, polis menahan suspek berusia 39 tahun yang dipercayai terlibat dalam perbuatan memusnahkan patung berhala itu dan semasa disoal siasat, suspek mendakwa dia mendapat arahan daripada tuhan supaya memusnahkan patung berhala," katanya dalam kenyataan Rabu.

Mior Faridalatrash berkata suspek mempunyai dua rekod jenayah dan dikehendaki polis bagi satu kes di Nusajaya yang disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana berniat mengaibkan kehormatan seseorang.


Suspek akan dibawa ke Mahkamah George Town pagi esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Artikel Lain