suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keselamatan Esszone: PDRM Jalin Kerjasama Dengan Polis Filipina

- Gambar hiasan
SEPANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalinkan kerjasama dua hala dengan Polis Filipina untuk memastikan keselamatan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) terjamin daripada sebarang ancaman pengganas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kerjasama itu dibuat untuk mewujudkan rangkaian hubungan operasi PDRM bersama polis Filipina dalam menjaga sempadan perairan masing-masing jika berlaku insiden tidak diingini seperti penculikan.

"Baru-baru ini saya berjumpa dengan rakan sejawatan saya iaitu Ketua Polis Filipina membincangkan perkara ini dan mereka (polis Filipina) bersetuju untuk bekerjasama.

"Jadi, saya rasa pertemuan itu memberi satu pencapaian baik di mana pihak berkuasa Filipina bersetuju menempatkan seorang pegawai polis mereka di Kota Kinabalu, Semporna dan Lahad Datu di Sabah sebagai pegawai perhubungan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas tiba daripada lawatan rasmi ke Manila, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Rabu.

Khalid berkata pihaknya juga akan menjalankan latihan eksesais dengan polis Filipina dan merancang membuat rondaan bersama serta lawatan di kedua-dua negara.

"Maka, PDRM dapat bertukar-tukar maklumat risikan dengan polis Filipina dan saya yakin ia dapat menjamin keselamatan di perairan Esszone," katanya.
Esszone, polis Filipina, PDRM

Artikel Berikut

Artikel Lain