Polis Patahkan Cubaan Lelaki Curi Kereta - Semasa | mStar

Polis Patahkan Cubaan Lelaki Curi Kereta

IPOH: Seorang anggota polis trafik mematahkan cubaan lelaki mencuri sebuah kereta di hadapan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, Rabu.

Dalam kejadian 10.45 pagi itu, anggota terbabit sedang menjalankan tugas menyaman kereta yang diletakkan di tepi jalan, didatangi seorang perempuan dan mengadu keretanya cuba dicuri seorang lelaki.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Supt Wan Jamil Wan Chik berkata suspek berumur 50 tahun yang berada dalam kereta mangsa cuba melarikan diri selepas melihat anggota polis terbabit menghampirinya.

"Suspek telah melanggar beberapa kenderaan lain yang berada di hadapan semasa mengundurkan kereta.

"Suspek bagaimanapun berjaya ditahan dengan bantuan beberapa anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ipoh secara kebetulan melalui jalan itu," katanya ketika dihubungi.

Katanya, polis turut merampas dua rangkai kunci yang telah diasah dipercayai digunakan suspek untuk mencuri kenderaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Stor Kilang Tayar Di Taiping Terbakar

Artikel Lain

Ibu Issey meninggal dunia