suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bersih 5: Hishammudin Rais Ditahan

Hishammudin Rais.

PETALING JAYA: Seorang lagi ahli jawatankuasa Bersih 2.0, Hishammuddin Rais telah ditahan.

Aktivis itu ditahan di Bangsar Utama pada pagi Sabtu.

Hishammuddin merupakan individu kedua ditahan pada Sabtu susulan penahan Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos kira-kira 1.30 pagi Sabtu.

Polis mula bertindak tegas pada Jumaat apabila menahan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dan Ahli Sekretariat Bersih, Mandeep Singh dalam satu serbuan di pejabat badan bukan kerajaan (NGO) itu.

Ahli Parlimen Seremban (DAP) Anthony Loke dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran Ronnie Liu turut ditahan pada Jumaat.

 

Hishammudin Rais, Bersih 5

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain