suria

Penahanan Maria, Mandeep Wajar - Jamal

PETALING JAYA: Penahanan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dan ahli jawatankuasanya, Mandeep Singh adalah wajar bagi memelihara keamanan negara.

Jamal dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, pergerakan Bersih 2.0 mempunyai agenda jahat untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, Najib dipilih secara demokrasi menerusi sistem pilihan raya maka Bersih 2.0 tiada hak untuk bersuara mewakili rakyat.

"Bersih sebenarnya tiada hak untuk bersuara dengan mencanang mereka mewakili rakyat kerana pertubuhan ini haram dan tidak berdaftar secara sah," katanya.

Jamal berkata, semua rakyat Malaysia diseru menolak protes Bersih 2.0 pada Sabtu kerana ia cuba mengganggu gugat keamanan di ibu negara.

"Saya juga berasa amat hairan dengan sikap sesetengah orang Melayu yang boleh terhasut dengan agenda kotor Bersih," tambahnya.

Beliau berkata, pergerakan Baju merah akan memastikan perhimpunan Bersih pada Sabtu gagal.

Artikel Sebelum

Bersih 5: Jamal Yunos Ditahan

Artikel Berikut

Jamal Tak Muncul Lagi

Artikel Lain