suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jamal Tak Muncul Lagi

Jamal Md Yunos.

KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos tidak muncul pada sidang medianya sendiri buat kali kedua pada hari sama.

Sidang media kedua itu dijadualkan pada pukul 10 malam Jumaat di Nasjib Negara selepas beliau 'terlepas' yang pertama pada pukul 2.30 petang di tempat sama.

Sekumpulan pemberita hadir pada kedua-dua sidang media tetapi yang hanya kelihat adalah sebahagian penyokong Baju Merah.

Cubaan untuk menghubungi Jamal tidak berhasil.

Terdahulu pada Jumaat, Jamal tidak jadir pada perjumpaan Baju Merah di Masjid Negara di sini.

Sumber terdekat Jamal memberitahu pemberita pada pukul 5 petang bahawa beliau 'tidak dapat dihubungi' ketika itu dan tidak dipastikan di mana beliau berada.

Sidang media tidak diadakan walaupun kira-kira 100 penyokong menunggu Jamal sejak pukul 2 petang.

Artikel Sebelum

Artikel Lain