suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maria, Mandeep Disiasat

PETALING JAYA: Pengerusi gerakan Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dan ahli jawatankuasa kumpulan itu, Mandeep Singh dibawa ke balai polis (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

Pada pukul 5.15 petang, satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman sosial Twitter milik Bersih menyebut kedua-dua pemimpin kumpulan itu dibawa ke balai polis berkenaan.

"Polis merampas 10 laptop, senarai gaji dan penyata bank.

"Mereka juga membawa Maria dan Mandeep ke IPD Dang Wangi," jelas kenyataan itu.

Dalam kenyataan sebelum itu, pejabat Bersih dikatakan dikunci kepada orang luar termasuk peguam selama dua jam.

"Tiada sebarang berita yang diterima dari dalam pejabat itu," tambah kenyataan itu selepas polis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melakukan serbuan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain