suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hujan Lebat Akibatkan Trafik Sesak Di KL, PJ

Kesesakan trafik di Lebuhraya Sprint pada pukul 7 malam.

PETALING JAYA: Hujan lebat pada petang Jumaat mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk di Lembah Klang.

Menurut @WazeTrafficKL, antara kawasan yang terjejas adalah Lebuhraya Sprint, Jalan Ampang, Jalan Loke Yew, Jalan Raja Chulan, Jalan Jelatek, Jalan Tun Razak, Jalan Kuching, Jalan Gasing, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Abdullah, Jalan Pantai Baharu, Jalan Sungai Buloh dan Jalan Pudu.

Ia turut menasihatkan pengguna jalan supaya elak daripada melalui Jalan Langgak Tunku dan Jalan Kinabalu.

Menerusi Twitter @WazeTrafficKL, terdapat kemalangan di Lebuhraya Sultan Iskandar pada kira-kira 6.54 petang, dan satu lagi kemalangan pada pukul 6.45 petang di Persiaran Surian, mengakibatkan trafik perlahan.

Artikel Berikut

Artikel Lain