suria

Video: Mekanik Parah Ditetak

PETALING JAYA: Seorang mekanik motosikal parah selepas ditetak sekumpulan empat lelaki di depan sebuah kedai simulator di Jalan Kampung Paya, Butterworth awal pagi Khamis.

Dalam kejadian pada pukul 4.15 pagi itu, mangsa yang berusia 40 tahun dikatakan baru keluar dari premis berkenaan bersama rakannya yang berumur 21 tahun sebelum menaiki motosikal masing-masing.

Bagaimanapun ketika mereka ingin meninggalkan kawasan tersebut, terdapat sebuah kereta Perodua Myvi berwarna hijau yang dinaiki lima lelaki telah merempuh motosikal tersebut sehingga kedua-duanya terjatuh.

Difahamkan, empat lelaki bersenjatakan parang yang keluar dari kereta itu kemudian mengejar mangsa dan menetaknya.

Akibat tetakan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kedua-dua belah tangan dan kaki.

Rakan mangsa berusia 21 tahun bagaimanapun tidak mengalami kecederaan selepas sempat melarikan diri.

Mangsa yang tinggal di Air Tawar kini sedang dirawat di Hospital Seberang Jaya.



Tetak, Mekanik, Butterworth

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain