suria

Ku Nan Arah Umno Melaka Tarik Balik Surat Perhimpunan Baju Merah

Tengku Adnan Tengku Mansor. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Umno mengarahkan badan perhubungan Umno Melaka untuk menarik balik arahan yang diberikan kepada ahli-ahlinya supaya menyertai perhimpunan Baju Merah yang bakal diadakan pada 19 November ini di ibu negara.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata,  surat itu bukan arahan daripada parti.

"Sebagai Setiausaha Agung, saya telah memberitahu mereka untuk menarik balik surat itu dan tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan Merah atau Kuning.

"Secara individu, kita tidak tahu jika mereka (ahli parti) mengambil bahagian, tetapi sebagai sebuah parti, kita tidak terlibat. Perhimpunan tiada apa-apa kaitan dengan Umno," katanya.

Ditanya sama ada tindakan disiplin akan diambil terhadap anggota parti didapati telah mengambil bahagian dalam perhimpunan, Tengku Adnan berkata; "Kita tidak berada di sini untuk mencadangkan apa-apa. Kami menasihatkan mereka untuk tidak melibatkan diri.

"Kami akan membiarkan Jamal dan Maria Chin dan sesiapa yang mahu mengambil bahagian kepada polis," katanya, merujuk kepada Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos dan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.

Beliau juga menolak dakwaan bahawa RM50 akan dibayar kepada mereka yang mengambil bahagian dalam perhimpunan kumpulan Baju Merah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain