suria

255 Suspek Daesh Ditahan Sejak 2015

GAMBAR FAIL

KUALA LUMPUR: Sebanyak 255 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Daesh ditahan di negara ini sejak 2013 hingga 7 Oktober lalu.

Kementerian Dalam Negeri dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini, menyatakan mereka yang ditahan terdiri 221 lelaki dan 34 wanita.

Sebanyak 140 daripada individu yang ditahan itu berumur kurang 30 tahun dan selebihnya berumur 30 tahun dan ke atas, menurut kementerian itu bagi menjawab soalan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) berhubung jumlah individu yang ditangkap kerana terlibat gerakan militan Daesh.

Kementerian itu menjelaskan, 121 individu telah dikenakan tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 manakala 36 individu diambil tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan 13 lagi mengikut Akta Pencegahan Keganasan 2015.

"Sebanyak 21 warga asing telah diusir dari Malaysia manakala 64 individu telah dibebaskan," menurutnya. - BERNAMA

Daesh

Artikel Sebelum

Video: Mekanik Parah Ditetak

Artikel Lain