Sultan Nazrin Sertai 5,000 Peserta Larian Hari Keputeraan Sultan Perak - Semasa | mStar

Sultan Nazrin Sertai 5,000 Peserta Larian Hari Keputeraan Sultan Perak

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah (kiri) dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim (kanan) bersama dua anakanda baginda Raja Azlan Muzzaffar Shah dan Raja Nazira Safya berkenan menyertai acara senaman ringan sebelum menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah di Dataran Pavillion, Ahad. 
-fotoBERNAMA
KUALA KANGSAR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim pada Ahad berkenan menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Perak di Dataran Pavillion di sini.

Turut hadir ialah Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli, bekas Speaker Dewan Rakyat dan Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib serta anggota exco kerajaan negeri.

Larian yang diadakan bersempena Hari Keputeraan baginda yang disambut pada 4 Nov lalu disertai kira-kira 5,000 orang dari dalam dan luar negara.

Sultan Nazrin berkenan melepaskan peserta bagi kategori 15 kilometer (km), 10km dan 7km manakala peserta kategori tetamu kehormat yang melibatkan jarak 2km dilepaskan oleh Raja Datuk Seri Yong Sofia, adinda Sultan Nazrin.

Acara yang bermula pada 6.20 pagi itu turut diserikan dengan kehadiran dua pemenang pingat emas Paralimpik Rio 2016 iaitu Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Abdul Latif Romly serta Siti Noor Radiah Ismail yang meraih gangsa pada temasya itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

MCA Terima Usul EGM Tukar Sistem Undi Parti

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Ulat tiket: Jangan beli!