Cadangan Gantung Sekolah Pembuli Dapat Respons Positif - Mahdzir - Semasa | mStar

Cadangan Gantung Sekolah Pembuli Dapat Respons Positif - Mahdzir

Mahdzir Khalid
Mahdzir Khalid.

ALOR SETAR: Cadangan Kementerian Pendidikan yang mahu menggantung persekolahan pesalah kes buli di sekolah setakat ini mendapat respons positif daripada pelbagai pihak terutamanya ibu bapa dan guru.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid bagaimanapun berkata, pihaknya masih lagi mendapatkan respons daripada pihak berkepentingan mengenai isu itu selain turut mengarahkan pengurusan tertinggi kementerian untuk melihat kaedah menggantung persekolahan pelajar yang terlibat dalam kes buli. 

"Peraturan displin sekolah telah lama wujud. Kita buat ubah suai serta tambah nilai dan terbaru sekali saya minta pihak pengurusan tertinggi kementerian melihat kaedah menggantung pelajar terlibat buli ini.

"Sememangnya kita boleh gantung pelajar pada tahun yang sama apabila kes itu berlaku, contohnya kalau dia pelajar Tingkatan 5 dan kes buli berlaku pada Mei dan didapati bersalah, pelajar itu boleh digantung pada tahun sama dan dia tidak boleh mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penyampaian Anugerah Sambutan Hari Koperasi Sekolah dan Konvensyen Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah Terbaik Peringkat Kebangsaan di sini, Sabtu.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan mencadangkan agar pelajar yang membuli pelajar lain digantung persekolahan selama setahun dan tindakan tegas itu perlu dikenakan sebagai pengajaran terhadap pelajar. - Bernama

Artikel Sebelum

MCA Terima Usul EGM Tukar Sistem Undi Parti

Artikel Berikut

MCA Terus Berkhidmat Kepada Masyarakat Cina

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.