Biarlah Umno Teruskan Kejayaan Langkawi - Sohaimi - Semasa | mStar

Biarlah Umno Teruskan Kejayaan Langkawi - Sohaimi

LANGKAWI: Jasa Tun Dr Mahathir Mohamed dalam membangun Langkawi tidak pernah dilupakan namun zaman untuk beliau terus aktif berpolitik sudah berlalu, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan. 

Katanya, tanggungjawab membangunkan Langkawi kini digalas kepimpinan Umno sedia ada untuk membuktikan kemampuan merancang secara terfokus pembangunan yang menguntungkan rakyat. 

"Kita berterima kasih (kepada Dr Mahathir kerana sumbangannya) tetapi hari ini kita (rakyat) kena pandang ke hadapan. Kita tidak boleh toleh ke belakang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Umno Bahagian Langkawi di sini.

Beliau mengulas desas-desus bahawa Dr Mahathir yang kini pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Timbalan Presiden parti itu yang juga bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mahu menjadikan Langkawi sebagai platform memperluaskan pengaruh PPBM. 

"Banyak (terbukti) sejarah sebelum ini pun mereka berjuang tanpa fokus yang jelas... akhirnya berkubur," katanya. 

Untuk berhadapan saingan lawan dalam pilihan raya umum akan datang, Sohaimi berkata, Umno Langkawi telah merangka strategi khusus serta mengambil kira pendekatan yang belum pernah digunakan sebelum ini. 

Beliau berkata, ia melibatkan gerakan kerja yang kreatif di luar pemikiran biasa bagi membolehkan jentera Umno di sini bersedia menghadapi apa-apa situasi yang tidak dijangka. 

"Gerak kerja lebih fokus kepada mengekalkan kedudukan kerusi-kerusi parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri)," katanya. 

Dalam pilihan raya umum lepas, Umno yang menjadi tunjang Barisan Nasional di Langkawi menyapu bersih kedua-dua kerusi DUN dan satu parlimen yang dipertandingkan. - Bernama

Artikel Sebelum

MCA Terus Berkhidmat Kepada Masyarakat Cina

Artikel Berikut

Bangunan Kedai Di PJ Terbakar

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain