suria

Pemandu Kren Hilang Kawalan, Seret Kereta

KUALA TERENGGANU: Sebuah kereta disondol sebuah kren apabila pemandunya dipercayai diserang sawan secara tiba-tiba di Jambatan Sultan Mahmud di sini, Khamis.


Dalam kejadian kira-kira 3.40 petang itu, pemandu kren berusia 36 tahun itu dikatakan baru sahaja memandu keluar dari tapak projek berhampiran sebuah stesen minyak apabila tiba-tiba menyondol lalu menyeret sebuah kereta  sejauh 15 meter.

Bagaimanapun, pemandu kereta Proton Wira itu, yang berusia 35 tahun dan berasal dari Mengabang Telipot, terselamat tanpa kecederaan selepas segera keluar dari kenderaannya.

Pemandu kren berkenaan pula mengalami kecederaan ringan pada bahagian dadanya dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abd Rafar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu.
kren, Jambatan Sultan Mahmud

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain