suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PPBM Berisiko Dibatal Pendaftaran Jika Terus Guna Nama 'Bersatu'

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah diberi amaran bahawa pendaftarannya boleh dibatalkan jika parti itu terus menggunakan perkataan 'Bersatu' dalam mana-mana program dan aktivitinya.

Dalam surat bertarikh 8 November, Pendaftar Pertubuhan (RoS) memberi amaran kepada parti itu bahawa tindakan tegas termasuk pembatalan pendaftaran boleh diambil jika PPBM terus berbuat demikian.


Pendaftar Nawawi Mat dalam surat itu berkata, parti tersebut tidak dibenarkan menggunakan perkataan Bersatu dalam, antara lain, ceramah serta penerbitan poster dan 'bunting'nya.


Nawawi berkata, parti itu bertanggungjawab untuk mengikut kehendak di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zaid Hamidi sebelum ini berkata, RoS tidak membenarkan parti itu dikenali atau menggunakan singkatan 'Bersatu' kerana terdapat enam lagi organisasi dan parti politik lain yang berdaftar mempunyai perkataan Bersatu dalam nama mereka.

PPBM, nama Bersatu, RoS

Artikel Berikut

Artikel Lain