Najib Tiba Di Kota Kinabalu Untuk Lawatan Rasmi Ke Sabah - Semasa | mStar

Najib Tiba Di Kota Kinabalu Untuk Lawatan Rasmi Ke Sabah

Najib diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman bersalaman dengan orang ramai yang menyambut ketibaannya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu malam Jumaat. fotoBERNAMA

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini malam Jumaat untuk lawatan rasmi ke Sabah.

Pesawat khas yang membawa perdana menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada kira-kira 8.57 malam.

Ketibaan Najib di lapangan terbang itu disambut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, dua Timbalan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Yahya Hussin dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, anggota Kabinet negeri dan ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri.

Pagi Sabtu Najib, yang juga pengerusi Barisan Nasional dijadual merasmikan  Konvensyen Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) di Penampang manakala pada sebelah petang akan menghadiri Perhimpunan Agung Parti Liberal Demokratik (LDP) Ke-27, di sini.

Perdana menteri dijadual berlepas pulang ke ibu negara petang Sabtu. - BERNAMA

Najib Tun Razak , Sabah

Artikel Sebelum

Mata Wang Asia Merosot Berbanding Dolar AS

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Najib Pandang Serius Rusuhan Parlimen

Artikel Lain

Manchester United sedia pujuk Pogba