suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Saya Sedia Beri Kerjasama" - Zaid

Zaid Ibrahim.

PETALING JAYA: Bekas Menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau sedia memberi kerjasama dengan polis yang akan memanggilnya berhubung kenyataan berbaur hasutan dan mengelirukan di Twitter miliknya.

Ketika diminta mengulas mengenai arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) untuk memanggilnya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan itu, Zaid berkata beliau tidak terkejut dengan tindakan tersebut.

"Ketua Polis Negara sentiasa berminat terhadap tweet saya. Saya tidak terkejut dengan tindakannya.

"Saya akan menjawab pertanyaan polis dengan berterus-terang seperti yang sentiasa saya lakukan," katanya kepada The Star Online pada Jumaat.

Terdahulu, Khalid menerusi Twitternya memaklumkan PCIRC akan memanggil Zaid berhubung kenyataannya menggunakan akaun Twitter @zaidibrahim.

Dalam tweet beliau, Zaid mempersoalkan integriti ketua badan kehakiman dan eksekutif di Malaysia.

Namun, Zaid berkata beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan.

"Malah, saya cuba menggambarkan implikasi keputusan mahkamah mengenai skop kuasa Peguam Negara," katanya.


Zaid Ibrahim, PDRM

Artikel Lain