suria

Perwakilan Umno Perlu Suarakan Masalah Rakyat - Khaled Nordin

Mohamed Khaled Nordin.

JOHOR BARU: Perwakilan Umno hendaklah lebih vokal dalam menyuarakan masalah rakyat pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang akan datang, kata Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata para perwakilan perlu mengetengahkan isu yang dekat di hati rakyat.

"Saya berharap mereka akan menyuarakan perkara yang boleh membantu menyelesaikan cabaran yang dihadapi rakyat dalam kehidupan seharian mereka.

"Para perwakilan juga harus menyatakan sesuatu yang boleh mendapatkan sokongan rakyat dan memastikan Umno kekal relevan untuk tempoh 70 hingga 100 tahun lagi," katanya pada majlis penutupan Konvensyen Umno Johor di sini Jumaat.

Perhimpunan tersebut akan diadakan pada 29 November hingga 3 Disember depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.



PAU, Umno, Mohamed Khaled Nordin

Artikel Berikut

Artikel Lain