suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kedai Emas Dipecah Masuk, Pemilik Rugi RM1 Juta

TAIPING: Sebuah kedai emas di sini, kerugian kira-kira RM1 juta selepas premis itu dipecah masuk empat lelaki awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Harrith Kam Abdullah berkata dalam kejadian antara tengah malam hingga 7 pagi itu, suspek memecah masuk bilik kebal yang menyimpan emas dan wang tunai sebelum melarikannya.

"Siasatan mendapati suspek masuk ke kedai itu melalui bumbung dan menggunakan alat penebuk untuk memecah masuk ke bilik kebal di premis berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Harrith Kam berkata pemilik kedai itu hanya menyedari premis mereka dipecah masuk kira-kira 10 pagi Jumaat, semasa datang untuk membuka perniagaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih diteruskan, katanya. - BERNAMA

kedai emas, rompakan

Artikel Lain