suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima Cedera Letupan Gas Di Restoran Nasi Kandar

Anggota bomba membuat siasatan di lokasi kebakaran.

IPOH: Satu letupan gas berlaku di sebuah restoran Nasi Kandar di Jalan Pahang dekat Tapah menyebabkan lima cedera termasuk dua warga Pakistan.

Menurut sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat, panggilan kecemasan diterima pada pukul 7.33 pagi.

Dapur restoran tersebut terbakar ketika anggota bomba tiba di tempat kejadian.

"Operasi memadamkan kebakaran itu berakhir pada pukul 8.25 pagi," kata sumber.

Sebuah ambulans tiba di tempat kejadian untuk membawa lima mangsa tercedera yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita.

Mereka dikejarkan  ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan.


Artikel Berikut

Artikel Lain