suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ustaz Kazim Keluar Hospital

PETALING JAYA: Pendakwah bebas, Datuk Mohammad Kazim Elias yang dimasukkan ke wad di Hospital Pakar KPJ Ipoh dibenarkan keluar pada pagi Khamis.

Beliau yang menerima rawatan di hospital berkenaan sejak Sabtu lalu kerana keletihan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya selama ini.

Menerusi posting di Facebook dan Instagram miliknya, beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim berkata akan kembali menyambung tugasnya sebagai pendakwah dalam masa terdekat.

"Saya kena habiskan semua jemputan untuk tahun ini dan akan susun semula jadual bermula Januari depan.

"Faktor kesihatan membataskan pergerakan saya dan saya perlu kurangkan stress," katanya.

Selain itu, Ustaz Kazim yang juga Pengasas dan Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah turut membayangkan akan melepaskan tanggungjawab berkenaan kepada pihak lain susulan masalah kesihatan yang dihadapinya.

"Sudah 10 tahun saya bangunkan Al Barakah, mungkin sudah sampai masanya orang lain menerajuinya," katanya.

Februari lalu Ustaz Kazim disahkan mengalami serangan jantung selepas mengadu sakit dada ketika berceramah di Bachok, Kelantan.

Ustaz Kazim, KPJ Ipoh, Al Barakah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain