suria

Pelancong Malaysia Ke Jepun Dijangka Meningkat 50 Peratus Tahun Ini

PETALING JAYA: Jumlah pelancong Malaysia ke Jepun dijangka meningkat sebanyak 50 peratus tahun ini, berbanding 2015.

Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pelancongan Nasional Jepun (JNTO) yang berpangkalan di Singapura, Masatoshi Miyake berkata, tahun lepas sahaja Jepun menerima kira-kira 300,000 pelancong dari negara ini.

“Jika dilihat situasi semasa ketika ini, saya menjangkakan jumlah pengunjung Malaysia boleh mencecah 400,000 orang pada akhir tahun ini,” katanya di majlis pelancaran Japan Travel Fair pada Rabu.

Sementera itu, Kaunselor Kedutaan Jepun, Hiroyuki Orikosa berkata, peningkatan jumlah ini berlaku atas komitmen pelbagai pihak.

“Pengunjung Malaysia telah meningkat sejak empat tahun lalu, dan dalam tempoh sembilan tahun pertama tahun ini jumlahnya mencecah 249,000 orang,” katanya.

Beliau berkata, buat kali pertama tahun ini, Jepun menerima kehadiran 20 juta pengunjung.

“Pada 2020, kami sasarkan seramai 40 juta pelancong dan meningkat kepada 60 juta pada 2030. Kami mahu membawa Jepun ke persada dunia dan menjadikan ia negara berorientasikan pelancongan,” jelasnya.

Japan Travel Fair 2016 diadakan di Pusat Membeli-Belah One Utama dari 9 sehingga 13 November.

Pelbagai aktiviti akan berlangsung sepanjang program ini, antaranya persembahan Bonodori, kaligrafi Jepun (Shodo) dan peluang merasai kuih manisan tradisi negara itu, Wagashi.

Jepun, JNTO, Japan Travel Fair

Artikel Sebelum

Artikel Lain