suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Maut Tersepit Dalam Mesin Bancuh Tepung

- Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang wanita pekerja kilang maut akibat tersepit dalam mesin pembancuh tepung di tempat kerjanya di Jalan Sri Wangi, Taman Perindustrian Desa Plentong, Bandar Baru Permas Jaya, di sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata kejadian berlaku pada pukul 12.43 tengah hari ketika Noridah Nazir, 42, sedang melakukan kerja rutinnya sebagai penjaga mesin bancuh tepung tersebut.

"Dipercayai tangan kanan mangsa termasuk ke dalam mesin bancuhan itu sehingga menyebabkan badannya juga tertarik ke dalam.

"Mangsa mati serta-merta di tempat kejadian dan polis tidak menjumpai apa-apa kesan yang menjurus kepada perbuatan jenayah," katanya dalam kenyataan malam Selasa.

Bagaimanapun, Sulaiman berkata siasatan masih diteruskan dan mayat dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini untuk dibedah siasat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

SKMM Serbu Pejabat Malaysiakini

Artikel Lain