suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SKMM Serbu Pejabat Malaysiakini

Paparan skrin dari Twitter Malaysiakini.
PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Selasa menyerbu pejabat Malaysiakini di sini atas dakwaan penggunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian yang tidak wajar.

Menurut laman web portal berita itu, dua buah komputer telah dirampas dalam serbuan tersebut.

"Ia adalah sebahagian daripada siasatan SKMM berhubung dua laporan berita video yang dimuat naik oleh Kinitv, iaitu anak syarikat Malaysiakini.

"Laporan dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu itu berkisar mengenai sidang akhbar yang diadakan oleh bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan," lapor Malaysiakini.

Serbuan itu diketuai oleh Timbalan Pengarah Unit Penguatkuasaan dan Penyiasatan, Akmal Hamdy Baharudin, bersama pasukan enam anggota yang datang dengan membawa waran geledah.

Dalam video yang dimuatnaik pada 26 Julai lalu Khairuddin membidas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan menuntutnya meletak jawatan kerana enggan membuat pendakwaan dalam kes 1MDB.

Sebelum ini, SKMM mengarahkan Kinitv mengeluarkan laporan berkenaan kerana didakwa melanggar Akta Multimedia dan Komunikasi.
pejabat Malaysiakini, SKMM, serbu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain