suria

Wartawan WSJ Dihalau Keluar Dari Majlis 1MDB Di Sydney

Paparan skrin dari Twitter Rachel Pannett.
PETALING JAYA: Seorang wartawan Wall Street Journal (WSJ) telah dihalau keluar dari majlis berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Sydney yang dihadiri oleh Presidennya Arul Kanda Kandasamy.

"Baru sahaja dihalau keluar dari majlis 'awam' di mana Arul Kanda dari 1MDB menjelaskan tentang kontroversinya kepada pelajar-pelajar Malaysia di Sydney," kata timbalan ketua biro WSJ bagi Australia dan New Zealand, Rachel Pannett di Twitter, Selasa.

Beliau turut berkongsi gambar Arul Kanda, yang sempat diambil pada majlis itu.

Pannett berkata Arul Kanda enggan menjawab soalan mengenai 1MDB selepas berakhirnya majlis di Sydney itu.

Dalam satu jawapan, rakan sekerja beliau Tom Wright berkata hanya pelajar Malaysia dibenarkan untuk bertanya soalan di majlis 'awam' itu.

Acara itu dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) sebagai sebahagian daripada program Jelajah Veracity 2016 di Australia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain