suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

DUN Selangor Guna Pakai Bahasa Isyarat Mulai Tahun Depan

Hannah Yeoh
SHAH ALAM: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan memulakan penggunaan bahasa isyarat secara rasmi mulai tahun depan bagi memudahkan orang kurang upaya (OKU) memahami segala dasar kerajaan yang digubal untuk rakyat di negeri ini.

Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh berkata pihaknya kini sedang menjalankan percubaan penggunaan bahasa isyarat itu sehingga Jumaat ini bagi menguji keberkesanannya dalam persidangan DUN nanti.

"Kemudahan bahasa isyarat ini dijalankan dengan kerjasama TV Selangor, saluran televisyen milik kerajaan negeri Selangor. Persidangan dewan boleh diikuti secara langsung menerusi TV Selangor," katanya dalam sidang media selepas selesai persidangan DUN di sini, Selasa.

Yeoh berkata Selangor menjadi negeri pertama mengguna pakai penggunaan bahasa isyarat dalam sesi persidangan dewan dan para sukarelawan dari Persatuan Orang Pekak Selangor akan membantu mengendalikan bahasa isyarat itu.

Sidang dewan disambung esok.

Artikel Lain