suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PU Faiz Didakwa Cederakan Penceramah Wanita

PETALING JAYA: Naib juara program Pencetus Ummah musim kedua, Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan mencederakan seorang penceramah wanita.

Ahmad Faiz, 27, atau lebih dikenali sebagai PU Faiz mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Fadzlin Suraya Mohd Suah.

Dia didakwa mencederakan Nurul Intan Sakinah Azmi, 29, di Tahfiz Pondok Rumi Sufi Jawi, No 14-3, Tingkat 2, Jalan Pekaka 8/4, Kota Damansara, di sini pada 2.30 petang, 26 September lalu.

Ahmad Faiz yang juga seorang penceramah bebas didakwa mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum empat tahun atau denda sehingga RM4,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Sapphira Selamat tidak menawarkan sebarang jaminan manakala peguam Ridha Abdah Subri memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin atas alasan tertuduh telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis sepanjang siasatan kes itu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Dis untuk sebutan semula kes.-- Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain