suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahkamah: Pekedai Runcit Mengaku Bersalah Sorok Minyak Masak

LANGKAWI: Seorang pengusaha kedai runcit mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan cuba menyorok minyak masak di premis perniagaannya pada bulan lepas.

Lim Hak Liang, 41, dituduh menyorok sebanyak 885kg minyak masak di kedainya di Kuah di sini dalam pemeriksaan pasukan penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 29 Oktober lepas.

Bagaimanapun Majistret Nurshahida Abdul Rahim membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Januari depan untuk sebutan semula kes itu.

Tarikh sebutan semula kes itu dipohon Pegawai Pendakwa KPDNKK Tarmezy Mohamad yang mememerlukan masa bagi memperolehi laporan kimia minyak masak yang dirampas daripada tertuduh.

Hak Liang didakwa mengikut Seksyen 15 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22 akta sama yang membawa hukuman denda RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun penjara atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.-- Bernama



minyak masak, Kuah, Lim Hak Liang

Artikel Sebelum

Artikel Lain