Perwakilan Konvensyen Bantah DAP Kerjasama Dengan PPBM

Shamsher Singh Thind. Foto Lim Beng Tatt/The Star

GEORGE TOWN: Seorang anggota perwakilan Konvensyen DAP Pulau Pinang 2016 di sini Ahad membantah kerjasama di antara parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipengerusi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.  

Perwakilan dari Taman Chai Leng, Shamsher Singh Thind berkata, DAP tidak seharusnya bekerjasama dengan mana-mana individu yang pernah menjadi musuh parti semata-mata untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14. 

Beliau menyelar Dr Mahathir kerana sanggup berkerjasama dengan mana-mana pihak demi mencapai matlamat untuk menjatuhkan kerajaan. 

"Orang-orang DAP tak malukah nak berjabat tangan dengan musuh Tun M? Dia harus memohon maaf dahulu dengan DAP sebelum nak bekerjasama," katanya dalam sesi perbahasan konvensyen itu. 

Ekoran itu, tercetus suasana panas apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bangkit dan meminta Shamser menarik balik gelaran yang ditujukan kepada Dr Mahathir, sambil menegaskan DAP menuntut ahlinya supaya tidak menuding jari kepada mana-mana pihak ekoran kesalahan lampau mereka. 

Pada mulanya, Shamsher enggan menarik balik kerana itu bukan arahan daripada speaker konvensyen namun akhirnya beliau akur dengan permintaan para ahli jawatankuasa negeri.  

Shamsher turut mempersoalkan di manakah hala tuju parti dan mendakwa Pakatan Harapan tidak mempunyai persefahaman sesama anggota-anggotanya. 

Katanya, Pilihan Raya Negeri Sarawak telah membukti perkara itu kerana terdapat enam kerusi di mana PKR dan DAP sama-sama menurunkan calon untuk bertanding.

"Mengikut persetujuan dalam Pakatan, Majlis Mesyuarat Presiden harus menentukan satu calon yang akan turun bertanding sekiranya tiada keputusan dibuat di kalangan anggotanya. Tetapi dalam hal di Sarawak, mana Majlis Presiden?," katanya. 

Sementara itu, konvesyen DAP yang bermula dengan 287 perwakilan pada sesi pagi, bertukar hambar apabila tidak sampai 50 orang berada dalam dewan ketika sesi penggulungan pada jam lebih kurang 4.00 petang. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain