suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Viral Bunuh Dapatkan Organ: Dua Individu Serah Diri

KUCHING: Dua individu dipercayai terlibat memuat naik berita palsu di laman sosial berhubung pembunuhan dua lelaki yang kemudian organ mereka diambil, telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Bau pada Ahad pada 2.15 petang dan 2.50 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, SAC Datuk Dev Kumar berkata, kedua-dua individu itu adalah wanita, seorang berusia 18 tahun dari Bau dan seorang lagi berusia 27 tahun dari sini.

"Mereka ditahan untuk siasatan lanjut. Telefon bimbit kedua-dua suspek juga dirampas," katanya dalam kenyataan di sini.

Dev berkata, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor yang bimbang dengan gejala itu telah mengeluarkan amaran mengenai hukuman yang menanti individu yang membuat berita palsu dan menyebarkannya. 

"Netizen yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu itu akan menghadapi tindakan undang-undang.

"Ini kerana tindakan mereka telah mencetuskan ketakutan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat," katanya. - Bernama

Artikel Berikut

Artikel Lain