suria

Protes Baju Merah: Empat Individu Dibebaskan

Sebahagian peserta baju merah yang menyertai Perhimpunan Baju Merah anjuran Kumpulan baju merah di bawah Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia berkumpul di hadapan Ibu Pejabat MalaysiaKini pada Sabtu. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Empat individu yang ditahan susulan perhimpunan gerakan Baju Merah dekat bangunan pejabat portal berita Malaysiakini pada Sabtu, dibebaskan Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata, dua lelaki dan dua wanita itu ditahan kerana didakwa meletakkan sampah di luar bangunan berkenaan di Petaling Jaya.

"Mereka ditahan di luar bangunan itu semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil. Semasa pemeriksaan dijalankan, tiada sebarang senjata ditemui.

"Bagaimanapun, kesemuanya dibebaskan hari ini dengan jaminan polis," katanya ketika dihubungi Bernama.

Perhimpunan peserta Baju Merah itu dilaporkan antara lain mendesak portal berita propembangkang itu ditutup. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain