suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Lelaki Dipercayai Terjun Jambatan Kedua Pulau Pinang Ditemui

NIBONG TEBAL: Mayat lelaki yang dipercayai terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang dalam kejadian dua hari lalu ditemui pihak berkuasa pada Jumaat.

Mayat Mohd Shukri Saad, 38, ditemui kira-kira pukul 9 pagi dalam keadaan lengkap berpakaian bersama beg galas.

Dia ditermui kira-kira empat kilometer dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Pihak berkuasa masih menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Sungai Bakap untuk mengesahkan identiti mangsa.

Dilaporkan pada Rabu lalu bahawa Mohd Shukri dari Lahar Yooi, Tasek Gelugor dikatakan menunggang motosikal dan meninggalkannya di lokasi berkenaan bersama telefon bimbit, sebelum menghilangkan diri.

Pihak bomba menerima panggilan pada jam 8.40 pagi, mengenai seorang lelaki  yang dipercayai terjun di kilometer 11.3 jambatan berkenaan arah Batu Maung.

Kehilangan mangsa disedari oleh seorang anggota peronda yang menemui sebuah motosikal  ditinggalkan di lokasi terbabit.

Terjun Jambatan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain