SPRM Buka 35 Kertas Siasatan Penyelewengan Karpet Masjid, Surau

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu membuka 35 kertas siasatan berhubung penyelewengan pembekalan pemasangan karpet di beberapa masjid dan surau di negeri ini.

Pengarah SPRM Terengganu, P. Ganason berkata kertas siasatan itu kini di peringkat akhir sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya SPRM.

"Kira-kira 30 saksi terdiri daripada kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), orang awam dan kontraktor telah dipanggil bagi membantu siasatan sejak kita mendapat maklumat mengenai kes itu awal tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Pecah Tanah Projek Kompleks Pejabat SPRM Negeri oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad di Mukim Kubang Parit, dekat sini, Khamis.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Bangunan Datuk Sri Dr Amer Hamzah Mohd Yunus, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu, Ir Ab. Hamid Md. Daud dan Penasihat Korporat Serada Realty Sdn.Bhd. Tan Sri Abdullah Taib.

Selasa lepas, media melaporkan Pesuruhjaya JHEAT Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim mendedahkan perkara itu yang melibatkan penyelewengan tuntutan keseluruhan bernilai lebih RM1 juta.

Dalam pada itu, Ganason memberitahu bahawa SPRM Terengganu membuka 51 kertas siasatan berhubung kes jenayah kolar putih melibatkan kes rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa tahun ini.

"Daripada jumlah itu sebanyak 14 tangkapan telah dilakukan dan 19 individu telah dituduh di mahkamah," katanya.

Mengenai pembinaan kompleks SPRM baharu itu, beliau berkata ia akan meningkatkan lagi integriti dan imej SPRM sebagai badan yang bertanggungjawab memerangi jenayah rasuah dalam kalangan rakyat.

Bangunan baharu itu merangkumi dua blok bangunan setinggi empat tingkat melibatkan kos sebanyak RM39.1 juta dan dijangka siap pada 3 April 2019.

"Kompleks baharu ini mengambil masa kira-kira 30 bulan untuk siap dibina berkonsepkan pejabat bestari dan dilengkapi kemudahan pejabat terkini yang sesuai dengan fungsinya sebagai jabatan penguatkuasaan undang-undang pencegahan rasuah," katanya.

Ganeson berkata reka bentuk kompleks baharu itu beridentitikan Terengganu dan diselitkan dengan gabungan identiti moden selain menempatkan keperluan bersesuaian termasuk ruang untuk bersukan dan beribadah.

SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain