suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khidmat Kaunseling Untuk Waris Mangsa, Pesakit HSA - Rohani

Datuk Seri Rohani Abdul Karim
JOHOR BAHRU: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menyediakan khidmat kaunseling kepada waris enam pesakit yang meninggal dunia dalam kejadian kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Selasa.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata khidmat kaunseling itu juga akan diberikan kepada pesakit lain di HSA.

"Setakat ini empat pakar kaunseling daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ditugaskan untuk memberi khidmat kaunseling kepada waris mangsa dan pesakit yang terselamat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar Bilik Mayat HSA.

Selain itu, beliau berkata jika perlu, pihaknya juga akan menghantar kaunselor profesional yang berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia.

Sementara itu, Rohani berkata pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta badan bukan kerajaan menghulurkan bantuan kebajikan kepada waris mangsa serta pesakit yang terlibat sejak pagi tadi.

Dalam kebakaran hampir pukul 9 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA, enam pesakit wad itu maut manakala seorang lagi berjaya diselamatkan dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain