suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bantuan Mangsa Kebakaran Lebih Daripada Cukup

Datin Paduka Chew Mei Fun
JOHOR BAHRU: Orang ramai yang prihatin dengan nasib mangsa kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada Selasa dinasihatkan berhenti menyalurkan bantuan makanan dan barangan keperluan kerana apa yang diterima telah mencukupi.

Gesaan itu dibuat Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun ketika melawat HSA di sini.

"Ia berikutan bekalan yang ada lebih daripada mencukupi," katanya kepada pemberita sambil menarik perhatian bahawa ini menunjukkan rakyat Malaysia tidak pernah gagal menghulurkan bantuan kepada pihak yang memerlukan.

"Apa yang amat diperlukan kini adalah kaunseling kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam kebakaran itu," katanya.

Enam pesakit maut dalam kebakaran di tingkat dua, Unit Rawatan Rapi (ICU) di HSA yang berlaku sejurus sebelum 9 pagi.

Artikel Sebelum

Artikel Lain