suria

Gangguan Bekalan Air Di Petaling, Hulu Langat, Sepang

- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Daerah Petaling, Hulu Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air susulan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang kembali beroperasi, Isnin.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), dalam kenyataan malam Selasa berkata beberapa kawasan terlibat yang dijadualkan mendapat bekalan air secara berperingkat sejak 4 petang ini telah mengalami gangguan bekalan air.

"Kelewatan pemulihan bekalan air kerana kolam perkhidmatan masih belum mencapai paras optimum," menurut kenyataan itu.

Antara kawasan mengalami gangguan bekalan air bagi daerah Petaling ialah Bandar Puteri, Seri Kembangan 1 hingga 13, Serdang Utama, Bukit Serdang, Apartment Megaria, Apartment Bayu, Puchong Hartamas dan Wawasan Puchong.

Bagi daerah Kuala Langat, ia merangkumi Bandar Sunway Semenyih, Taman Semenyih Parklands, Desa Serdang, Gitu Bayu, Mines Resort, Pangsapuri Heritage The Mines, Kajang Utama Persiaran Damai dan Seksyen 3, Sasapan Minangkabau, Kg Rinching Tengah, Perumahan PKNS Branang, Sek 1 Bandar Baru Bangi, Flat Sek 2,3, dan 4 Bandar Baru Bangi, Kawasan Perindustrian Branang dan Mahkota Branang.

Kawasan-kawasan yang terlibat di Sepang ialah Sek 11, Bandar Baru Bangi, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Taman Ayer Hitam Permai.

Segala usaha sedang dilaksanakan untuk menstabilkan dan mempercepatkan pemulihan bekalan air di kawasan terlibat termasuk penghantaran bantuan bekalan air dengan lori tangki air.

LRA Sungai Semenyih yang ditutup selama 30 jam mula mengagihkan bekalan air ke kawasan terlibat, Selasa.

Artikel Lain