suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

1MDB: Polis Cari Saksi Bantu Siasatan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis masih mengesan saksi-saksi bagi membantu siasatan berkaitan syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Kami memerlukan masa untuk mengesan saksi-saksi...ada yang orang tempatan dan ada yang tiada di sini...beberapa saksi boleh diambil keterangan dan ada yang tidak...maka (mencari mereka) mengambil masa.

"Kami telah menyerahkan kertas siasatan kepada Peguam Negara tetapi dikembalikan semula supaya kami diperlukan untuk menjalankan siasatan lanjut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perpustakaan Pintar Samsung di sini Khamis.

Oleh kerana siasatan masih berjalan, katanya, semua pihak perlu mengelak daripada membuat sebarang laporan yang boleh memudaratkan.

Beliau berkata pihak polis telah melengkapkan fasa pertama siasatan berdasarkan laporan komprehensif Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). - BERNAMA

1MDB, Khalid Abu Bakar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain