suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak Jatuh Eskalator Dirawat Di Hospital P.Pinang

Rakaman yang diambil daripada CCTV.

GEORGE TOWN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang terjatuh daripada sebuah eskalator dalam Kompleks Beli-Belah Bukit Jambul pada Ahad kini ditempatkan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Pulau Pinang.

Insiden kanak-kanak itu terjatuh dari tingkat satu ke tingkat bawah pada pukul 6.30 petang Ahad telah dirakam oleh sebuah kamera litar tertutup.

Difahamkan kanak-kanak itu dipegang oleh bapanya dan terjatuh ketika mereka sedang turun menggunakan eskalator.

Kanak-kanak itu terjatuh daripada ketinggian kira-kira tiga meter.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata kanak-kanak itu sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan polis kini sedang menyiasat kejadian itu. - BERNAMA

budak, terjatuh, eskalator

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain