suria

Polis Sarawak Tembak Mati Dua Penjenayah Warga Asing

Dev menunjukkan antara barangan yang dirampas dalam serbuan di rumah yang didiami kumpulan samseng di Miri, Ahad.

MIRI: Polis Sarawak menembak mati dua perompak bersenjata yang cuba menyerang sepasukan anggotanya ketika terlibat dalam operasi pada pagi Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar pada sidang media berkata, kedua-dua penjenayah dipercayai kumpulan gangster warga asing telah merompak dan mengganggu penduduk di kawasan Luak-Bakam berhampiran bandar ini.

Mereka yang berusia dalam lingkungan 30-an ditembak mati ketika cuba menyerang pasukan polis yang menyerbu sebuah rumah yang digunakan perompak terlibat pada kira-kira pukul 1 pagi.

Sekurang-kurangnnya 16 rompakan dipercayai dilakukan kumpulan itu dan kini polis sedang memburu saki baki anggota kumpulan itu.

Senior Asisten Komisioner Dev turut mengucapkan tahniah kepada Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat dan pasukannya kerana kejayaan itu.

Beliau berkata, pihaknya mula memburu kumpulan samseng itu sejak tahun lalu.

Dev Kumar, Miri

Artikel Sebelum

Artikel Lain