Air Pasang Besar: Bekalan Ikan Kurang, Nelayan Tidak Ke Laut - Semasa | mStar

Air Pasang Besar: Bekalan Ikan Kurang, Nelayan Tidak Ke Laut

GEORGE TOWN: Harga ikan di sini dijangka meningkat berikutan fenomena air pasang besar.

Tinjauan Bernama di pasar Bandar Baru Air Itam mendapati hanya beberapa kedai yang dibuka dan ikan tertentu seperti ikan selayang dan kembung dijual pada harga sekitar RM12 ke RM16 berbanding RM6 dan RM8 sebelum ini, dalam kuantiti yang terhad.

Seorang penjual ikan di pasar itu, Hng Lee Wei, 53, berkata banyak nelayan tidak ke laut kerana angin kencang dan ombak yang tinggi berikutan fenomena itu.

"Nelayan dengan bot kecil tidak selamat untuk keluar menangkap ikan. Ramai yang mengambil keputusan untuk tidak keluar ke laut menyebabkan bekalan ikan kurang," katanya di sini, Ahad.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad ketika dihubungi berkata beliau berhubung dengan Ketua Persatuan Nelayan di Kuala Sungai Pinang dan Pulau Betong dan mendapati ramai nelayan yang ke laut pada pagi ini kembali semula kerana angin terlalu kuat.

"Saya dimaklumkan air pasang akan berada di kemuncaknya hari ini dan awal pagi esok. Saya menasihatkan semua orang yang tinggal di kawasan berisiko tinggi (berpindah ke tempat) selamat," katanya.

Beberapa kawasan di Pulau Pinang termasuk Teluk Bahang, Sungai Tiram, Bayan Lepas, Teluk Kumbar dan pantai Permatang Damar Laut dijangka terjejas dengan ombak mencapai ketinggian sehingga tiga meter pada awal pagi esok, Isnin dan Selasa ini, berkemungkinan akan menyebabkan banjir.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Dr Adnan Hussain menggesa para pelajarnya supaya mengelak daripada mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan di kawasan terjejas sehingga 19 Oktober ini.

"Saya menggesa pelajar supaya tidak berada di kawasan terjejas pada masa dan tarikh dijangka berlakunya fenomena air pasang besar untuk sebab-sebab keselamatan," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.-- Bernama


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain