suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

NUJ Kutuk Serangan Wartawan

PETALING JAYA: Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) mengutuk serangan terhadap wartawan oleh penyokong kumpulan anti-Bersih 5.0 dan menggesa pihak polis supaya menangkap ketua kumpulan berkenaan dengan segera.

NUJ menerusi kenyataan pada Ahad berkata kumpulan anti-Bersih tidak memahami tugas wartawan.

"Adalah jelas bahawa kumpulan ini terlalu beremosi dalam tindakan mereka, sehingga tidak dapat berfikir seperti orang yang rasional," demikian menurut ahli jawatankuasa eksekutif NUJ.

NUJ berkata adalah sesuatu yang memalukan apabila "tingkah laku yang tidak bertamadun" seperti ini masih wujud dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia.

"NUJ berharap pihak polis menangkap kumpulan ini dan membawa mereka ke mahkamah," katanya sambil menambah bahawa pemimpin kumpulan itu juga perlu ditahan dengan segera.

Artikel Lain