suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa, Anak Perempuan Rentung Dalam Kebakaran

Gambar hiasan.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dan anak perempuannya yang berusia 22 tahun meninggal dunia dalam kebakaran yang memusnahkan rumah mereka di Tawau pada awal pagi Sabtu.

Kedua-dua mangsa Buhari Langka, 57 dan Nuraisyah Buhari, 22 ditemui rentung oleh anggota bomba ketika cuba memadamkan api yang turut menjejaskan lima buah rumah lain di Kg Tanjung Batu Laut di daerah Tawau pantai timur Sabah.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Khatizah Rahaban berkata kebakaran yang bermula kira-kira pukul 5.00 pagi itu berjaya dikawal pada kira-kira pukul 6.45 pagi.

Menerusi kenyataan, beliau berkata operasi masih dijalankan.

Seramai 36 anggota bomba dan lima jentera bomba dikejarkan ke kawasan itu setelah menerima panggilan kecemasan.

Sementara itu di Sandakan, sebuah pasar raya dan kedai borong musnah dalam satu kebakaran yang bermula pada kira-kira pukul 6 pagi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Anggota bomba masih cuba untuk memadamkan api.

Rentung

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain