Rakyat Sokong Penuh Usaha SPRM - KKMM - Semasa | mStar

Rakyat Sokong Penuh Usaha SPRM - KKMM

SEBAHAGIAN wang tunai dan barang kemas bernilai lebih RM50 juta yang dirampas SPRM yang dirampas ketika sidang media mengenai kes salahguna kuasa membabitkan empat lelaki, termasuk pegawai berjawatan pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan negeri pada 5 Oktober 2016. - BERNAMA

KOTA KINABALU: Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata rakyat di negara ini, khususnya di Sabah menyokong penuh tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar skandal rasuah dan salah guna kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah.

Sambil mengucapkan syabas dan tahniah kepada SPRM, Salleh berharap semua pihak memberikan kebebasan penuh kepada suruhanjaya itu untuk menjalankan siasatan lanjut tanpa sebarang gangguan.

"SPRM adalah satu badan yang bebas. Oleh itu sudah tentu mereka (SPRM) akan mengendalikan kes berkenaan secara profesional dan perkara itu (kebebasan) perlu kita hormati," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jambori di Udara Sedunia kali ke-59 dan Jambori di Internet kali ke-20, di sini, Sabtu.

Salleh turut meminta semua pihak tidak membuat sebarang andaian berhubung skandal rasuah dan salah guna kuasa berkenaan kerana ia hanya akan merosakkan atau mengganggu siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM.

Sebelum ini, SPRM telah menahan lima individu termasuk pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan bagi membantu siasatan kes tersebut.

SPRM antara lain turut merampas lebih RM114.5 juta, barang kemas bernilai RM3.64 juta dan sebanyak 127 geran tanah dianggarkan RM30 juta, yang sekali gus menjadikan kes ini adalah kes terbesar dalam sejarah SPRM.

Sementara itu, ketika diminta mengulas Bajet 2017, Salleh yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendengar permintaan semua pihak, khususnya rakyat di negara ini.

"Saya yakin ia (Bajet 2017) akan memenuhi kehendak rakyat...kerana bajet itu sudah tentu bertujuan untuk memastikan negara kita terus mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi, selain kerajaan sentiasa memastikan rakyat sentiasa menikmati kemudahan," katanya.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis berkenaan, Salleh berkata jambori seumpama itu merupakan satu pendedahan penting kepada para pengakap mengenai penggunaan serta kepentingan teknologi radio komunikasi dan juga internet dalam menjalin hubungan baik, sekali gus mempromosikan Malaysia, khususnya Sabah.

"Pada jambori ini, para peserta akan menghubungi rakan pengakap sama ada di dalam atau luar negara melalui radio atau internet. Kemudiannya mereka akan bertukar kiriman poskad bagi membuktikan kejayaan serta penyertaan mereka dalam aktiviti ini.

Katanya penggunaan teknologi berkenaan di kalangan pengakap telah membuka lembaran baru dalam bidang berkenaan, terutamanya dalam aspek mempermudahkan komunikasi atau perhubungan melalui internet dan ia mampu memastikan aktiviti kepengakapan terus relevan sesuai dengan tuntutan semasa. - BERNAMA

SPRM , KKMM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain