suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Majlis Peguam Gesa Pihak Berwajib Siasat Kes Orang Asli Temiar Diugut

PETALING JAYA: Majlis Peguam Malaysia menggesa pihak berwajib untuk melancarkan siasatan penuh berhubung laporan polis yang dibuat oleh penduduk orang asli Temiar di Gua Musang, Kelantan atas dakwaan menjadi mangsa jenayah ugutan.

Presidennya, Steven Thiru berkata, pihaknya terkejut dengan layanan yang diterima oleh orang asli itu yang melancarkan protes dan membuat sekatan bagi menghalang aktiviti pembalakan di kawasan hutan simpan Balah dekat Gua Musang.

Jelas beliau, pihaknya bimbang terhadap pendirian kerajaan negeri dan kerajaan Pusat berhubung hak mereka ke atas tanah, adat dan kawasan sekitar yang masih menjadi tanda tanya.

"Orang asli menikmati keistimewaan hak terhadap tanah warisan yang didiami mereka selama beberapa generasi tanpa perlu mendapat pengiktirafan eksklusif atau perundangan.

"Dengan mengadakan sekatan sebagai bantahan terhadap aktiviti pembalakan, tindakan yang dilakukan oleh orang asli bagi menuntut hak tanah di bawah undang-undang Malaysia, mereka hanya mengenakan kawalan ke atas tanah yang mereka tegaskan akan menjadi sebahagian daripada kawasan-kawasan asal mereka," katanya.

Sehubungan dengan kes tersebut, Jabatan Perhutanan Kelantan membina sekatan sendiri pada Rabu bagi menghalang semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan untuk bertemu dengan kumpulan orang asli terbabit.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain