suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ezam Sertai Muhyiddin

PETALING JAYA: Selepas mengumumkan keluar daripada Umno, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor pada Khamis menyerahkan borang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

"Ya, ia adalah benar. Saya boleh mengesahkan berita itu," katanya kepada The Star Online.

Ezam berkata beliau telah bertemu Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa untuk membincangkan mengenai hasratnya menyertai parti itu.

Pada 3 Oktober lalu, Ezam mengumumkan keluar daripada Umno untuk kali kedua.

Beliau menyertai semula Umno pada 2008 selepas berkhidmat dalam PKR sebagai pembantu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ezam juga menamatkan perkhidmatannya sebagai Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan pada April tahun ini.

Umno, Mohamad Ezam Mohd Nor, PPBM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kami Boleh Roboh KLCC - Salleh

Artikel Lain